Sunday, April 20, 2008

PRU KE 12-MENGAPA UMNO ?

Pilihanraya ke 12, telah berlalu hampir 1 bulan setengah. Cerita tentang jatuh bangun, kejayaan dan kegagalan di dalam pilihanraya telah menjadi lumrah kepada semua pihak atau parti yang bertanding. Ada yang terkejut besar kerana memenangi kerusi pilihanraya dan tidak kurang juga ada yang terkejut beruk kerana kalah di dalam pilihanraya. Unjuran dan andaian yang diletakkan oleh kerajaan sedia ada Barisan Nasional ialah kemenangan 2/3.Pembangkang pula hanya meletakkan sasaran mengurangkan atau menghampiri kerusi 2/3 di dalam parlimen. Walaupun pihak pembangkang terkejut dengan kemenangan, namun kejutan itu telah memberi impak yang cacar marba ke atas parti tunjang Barisan Nasional iaitu UMNO. Bermula dengan keputusan PRU ke 12 di umumkan, UMNO seperti hilang arah tuju dan tidak dapat menerima hakikat. Bagi rakyat yang telah lama membenci segelintir kepimpinan UMNO, mereka merasa seronok dengan keputusan yang diperolehi. Apapun, kepastian yang telah dilalui oleh semua calon pilihanraya ialah mereka telah menjadi wakil kepada rakyat yang telah memilih mereka.Dalam kerangka pemikiran kita sekarang, apakah UMNO yang bersalah?atau kepimpinan UMNO yang bersalah? atau Anwar Ibrahim yang kuat? atau Cina dan India yang tidak menerima lagi cara Barisan Nasional?.Harap para pembaca dapat menunggu penulisan saya yang selanjutnya.