Wednesday, May 14, 2008

MENGANTARABANGSAKAN PENDIDIKAN

SKBTM BERGERAK KE ARAH MENGANTARABANGSAKAN TAHAP PENDIDIKAN.

Bidang pendidikan di negara sedang berubah secara dinamis dan dikira akan mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad mendatang. Matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic excellence) di rantau asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21 memerlukan negara ini meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperolehi status "World Class Education".

Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari perspektif yang luas, ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis iaitu :
1.Pembangunan tenaga manusia
2.Kepesatan pertumbuhan ekonomi
3.Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial
4.Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat
5.Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual
6.Pembangunan teknologi dan sains
7. Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat.

‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ merupakan satu komitmen dan usaha Kementerian Pendidikan bagi memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya ia dapat ditingkatkan kepada satu standard yang tinggi dan mampu menyaingi negara maju yang lain. Sebagai sebuah negara yang berkembang pesat dalam berbagai aspek pembangunan, sektor pendidikan perlu berkembang dan mengalami perubahan anjakan paradigma yang dapat merintiskan alaf baru dalam segala aspek. Ianya juga merupakan satu langkah penting bagi mengangkat martabat dan status Malaysia dalam dunia pendidikan di peringkat antarabangsa.

Tuesday, May 13, 2008

MENCARI RUANG HIDUPDI SYURGA.SEDARLAH UMAT ISLAM MALAYSIA.


عن عثمان بن عفان يقول، إني سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول: (من بنى مسجدا يبتغي به وجه الله، بنى الله له مثله في الجنة).
Daripada Uthman bin`Affan katanya sesungguhnya saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang membina masjid ikhlas kerana Allah, Allah akan membina untuknya rumah seperti itu di dalam syurga. (al-Bukhari: 439, Muslim: 533)

Setiap orang mengimpikan untuk memiliki kediaman sendiri yang indah dan selesa supaya dia mendapat merehatkan diri dan mendapatkan ketenangan. Bagaimana pun sesetengah orang, disebabkan kemampuan kewangan yang tidak mencukupi tidak dapat memenuhi impiannya. Yang hanya dimiliki adalah tenaga. Membina masjid dalam hadis di atas merangkumi pembinaan dengan modal benda dan modal tenaga manusia. Masing-masing mempunyai peranan dan sumbangan.

Di sini Rasulullah s.a.w. menarik perhatian umatnya supaya melihat ke hadapan yang lebih jauh lagi. Bagaimana sepatutnya setiap mukmin itu memiliki istananya sendiri di dalam syurga. Kekecewaan dengan kehidupan dunia tidak sepatutnya menghalang seseorang berusaha untuk kehidupan akhirat.Rumah atau istana di syurga tentunya tidak akan dapat ditandingi oleh mana-mana istana di dunia. Keindahan dan kemewahan syurga yang tidak dapat dibayangkan .Hadis ini mengandungi isyarat supaya orang mukmin mengingati negeri asal sendiri. Dari mana kita datang ke situlah kita akan kembali. Oleh kerana itu, Allah s.w.t. sentiasa menyeru hamba-hamba-Nya kepada kembali ke syurga.
Allah s.w.t. berfirman:
وَاللَّهُ يَدْعُو إِلَى دَارِ السَّلَامِ وَيَهْدِي مَنْ يَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
(Itulah dia kesudahan kehidupan dunia) dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat sentosa dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) ke jalan yang betul lurus (yang selamat itu). (surah Yunus: 25)
Dalam riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w. menyebutkan tujuan pembinaan masjid. Masjid hendaklah dibina sebagai tanda mengingati Allah, memakmurkannya dengan ibadat dan ketaqwaan bukan untuk berbangga dan bermegah-megah. Sabda baginda:
عن عمر بن الخطاب؛ قَالَ: سمعت رَسُول اللَّهِ صَلَى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسلَّمْ يقول ((من بنى مسجداً يذكر فيه اسم الله، بنى اللَّه له بيتاً في الجنة)).
Daripada Umar bin al-al-Khattab katanya saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang membina masjid yang diingati padanya nama Allah, Allah akan binakan untuknya sebuah rumah di dalam syurga. (Ibn Majah, no: 735)

Sebagaimana jumlah tidak menjadi syarat dalam bersedekah begitu juga dalam pembinaan masjid, saiz bukan menjadi ukuran tetapi keikhlasan.
Sabda baginda:
عن جابر بْن عَبْد اللّه؛ أن رَسُول اللَّهِ صَلَى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسلَّمْ قال ((من بنى مسجداً لله كمفحص قطاة، أو أصغر، بنى اللَّه له بيتاً في الجنة)).
Daripada Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang membina masjid kerana sebesar sarang burung atau lebih kecil lagi, Allah akan binakan untuknya sebuah rumah di dalam syurga. (Ibn Majah, no: 738)
Hadis ini bukan untuk menyatakan saiz sebesar itu bagi masjid kerana ruang sekadar itu tidak boleh untuk bersembahyang padanya. Apa yang ditekankan oleh hadis ini ialah pahala membina masjid tetap sabit walaupun masjid itu kecil, biar sebanyak mana sumbangan kita.Hadis-hadis di atas juga mengisyaratkan di sebalik pahala sebegitu besar ini adanya peranan institusi masjid dalam sesebuah masyarakat. Oleh kerana itulah, setibanya Rasulullah s.a.w. ke Madinah, baginda merencanakan untuk mendirikan masjid sebagai pusat kegiatan umat Islam. Setelah mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar, baginda mengukuhkan lagi ikatan masyarakat baru itu dengan tautan aqidah, syariat dan akhlak. Semua ini terpancar dari roh dan sinar masjid. Persaudaraan bertambah erat dengan pertemuan sesama sendiri sekurang-kurang lima kali sehari tanpa ada pembeza dari segi darjat, keturunan dan kekayaan. Semuanya sama-sama datang sebagai hamba Allah. Mereka berada di peringkat yang sama dalam mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Bermula dari masjid dapat dirancang pelbagai kegiatan keilmuan, perekonomian dan kemasyarakatan.
Selain itu, ada beberapa hadis yang lain menyebutkan amalan-amalan lain yang membolehkan seseorang itu mendapat istana di dalam syurga. Antaranya ialah sembahyang sunat rawatib.
عن أم حبيبة تقول: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول "من صلى اثنتي عشرة ركعة في يوم وليلة، بني له بهن بيت في الجنة".
Daripada Ummu Habibah katanya saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa bersembahyang 12 rakaat dalam sehari dan semalam, dibina untuknya sebuah rumah di dalam syurga. (Muslim, no: 728)

Dalam riwayat Aishah 12 belas rakaat itu adalah sunat rawatib.
عَنْ عَائِشَةَ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهَا عَنِ النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: مَنْ ثَابَرَ عَلَى اثْنَتَىْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُ بَيْتاً فِى الْجَنَّةِ أَرْبَعاً قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ »
Daripada `Aishah daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa sentiasa melazimi sembahyang 12 rakaat dalam sehari dan semalam, Allah s.w.t. akan binakan untuknya sebuah rumah di dalam syurga. 4 rakaat sebelum zuhur, 2 rakaat selepas zuhur, 2 rakaat selepas maghrib, 2 rakaat selepas isya’ dan 2 rakaat sebelum subuh. (riwayat al-Nasai’i no: 1795, al-Tirmizi, no: 414,Ibn Majah, no: 1140)

Amalan lain yang membolehkan kita memperolehi rumah di dalam syurga ialah meninggalkan perbalahan, berdusta dan melazimkan diri dengan akhlak yang mulia.
عن أبي أمامة قال: قال رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم: " أنا زعيمٌ ببيتٍ في ربض الجنة لمن ترك المراء وإن كان محقّاً، وببيتٍ في وسط الجنة، لمن ترك الكذب وإن كان مازحاً، وببيتٍ في أعلى الجنة لمن حسَّن خلقه".
Daripada Abi Umamah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Saya menjadi penjamin terhadap rumah di pinggir syurga kepada orang meninggalkan perbalahan walaupun dia yang betul, terhadap rumah di tengah-tengah syurga bagi sesiapa yang meninggalkan berdusta walaupun dalam bergurau senda dan terhadap rumah di bahagian atas syurga bagi sesiapa yang memperelokkan pekertinya. (Abu Daud, no: 4800)

SALAHKAH RAKYAT?

"BELAJAR TERUS BELAJAR"
Sehingga ke hari ini telah hampir 2 bulan lebih PRU ke 12 berlalu. Namun bahang kepanasannya tidak lagi berkurangan bahkan semakin lama semakin panas. Kadangkala aku fikir macam penunu bunsen pulak. Tapi banyak perkara yang aku pelik tentang pemimpin Melayu sekarang ini. Ada yang nampak gila kuasa, ada yang nampak macam tak boleh terima kenyataan, ada yang nampak macam jakun bila dapat kuasa dan ada macam-macam lagi. Tapi yang pastinya mereka semua mencari KUASA.Yang peliknya, ahli politik Cina terus bersatu walalupun parti mereka berpecah. Mengapa berlaku?UMNO dan PAS hanya mampu bercakap sahaja untuk bersatu.Bila?esok, lusa, bulan depan, tahun depan atau apabila matahari terbit disebelah barat.Banyak khayalan aku sekarang sebab tiada apa yang dapat aku ungkapkan untuk Politik Melayu. Politik Melayu mesti ada seteru dan tiada jalan perdamaian.Nak berdamai hanya boleh sebut di dada sahaja dan mulut kadang-kadang hanya boleh berkata. Praktikalnya, langsung pocikk.Apa dah jadi Melayu Mudah Lupa ke?Atau buat lupa-lupa.Oklah, aku rasa setakat ni dulu mukaddimah awal aku tentang bangsaku. Ada taklimat untuk perbahasan peringkat kebangsaan sempena Hari Guru di Melaka.Aku gi dulu.....

Monday, May 12, 2008

IBU.... ENGKAULAH RATU HATIKU

MAMA....MAMA.....SUARA ANAK KECIL YANG BARU MENGENALI IBUNYA
TIDAK KIRA BANGSA DAN AGAMA, IBU TETAP IBU

JASA ibu bukan sekadar melahirkan anak bangsa tetapi memelihara, mendidik, memimpin dan mencorakkan kehidupan generasi akan datang supaya negara mempunyai bakal-bakal pemimpin yang boleh menyumbang ke arah kemajuan negara.Menyedari pentingnya jasa ibu, maka penghargaan perlu diberi bukan sahaja kepada ibu.Berikut ialah perbandingan pengorbanan seorang ibu dan permintaan seorang anak:

A. GAMBARAN PERMINTAAN SEORANG ANAK

1.Tolong pergi kedai =RM4.00
2.Menjaga adik= RM 5.00
3.Buang sampah =RM 1.00
4. Kemas bilik = RM 3.00
5. Siram bunga = RM 4.00
6.Menyapu sampah =RM 3.00
Jumlah : RM20.00


B. NILAI TANGGUNGAN IBU
1.Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2.Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3.Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4.Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5.Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Wahai anak-anak Malaysia, jangan jauhkan dirimu daripada ibumu yang sudah pasti memendam rasa kasih sayang terhadap dirimu sampai ke hujung nyawa.Sematkan di dalam jiwamu, bahawa ibu engkaulah RATU HATIKU.SELAMAT HARI IBU.

AL-FATIHAH BUAT BONDAKU ALLAHYARHAMAH FATIMAH ENSON BT LEBAI HAMZAH.KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA TAHUN 1990

SAMPAI BILA MELAYU BOLEH BERSATU?

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL(WARTAWAN UTUSAN)

SUDAH terlalu banyak kekalutan dalam landskap politik negara yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 lalu diperdebatkan dalam nada yang agak pedih serta menyentak nilai sedar terutamanya di kalangan orang Melayu.Senario politik yang masih lagi hangat itu sebenarnya menjurus kepada satu hakikat yang pasti, bahawa orang Melayu kini terpisah oleh jurang politik yang semakin melebar luas.
Jika dulu, kiblat politik orang Melayu hanya terarah kepada UMNO dan Pas, kini Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula muncul menjadi parti yang lebih kuat.
Biarpun perjuangan ketiga-tiga parti itu secara dasarnya adalah untuk memperkasakan orang Melayu, namun ideologi dan roh perjuangan yang membezakan parti tersebut sangat jelas. UMNO dengan perjuangan bangsanya, Pas dengan negara Islamnya dan PKR pula dengan ketuanan rakyatnya. Jalan yang selamanya bercabang tiga ini tidak mungkin akan membawa Melayu kepada satu titik yang bertemu.
Akibatnya, bangsa Melayu akan terus berpecah dan dalam keadaan seperti itu, perbezaan biarpun sangat kecil tidak mungkin menyaksikan orang Melayu berganding bahu dalam mempertahankan hak mereka.Barangkali sudah tiba masanya untuk semua pemimpin politik Melayu bersama-sama memikirkan mengenai survival orang Melayu dengan mengambil pendekatan merentasi sempadan politik yang selama ini menjadi pemisah kepada penyatuan bangsa.
Adalah sesuatu yang menyedihkan apabila kebanyakan isu yang berkaitan dengan kelemahan orang Melayu dipolitikkan.Lalu apabila tiga pemimpin muda iaitu Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohamad Norza Zakaria; Naib Presiden PKR, Azmin Ali dan Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub bersetuju untuk membentuk gagasan permuafakatan Melayu dalam satu pertemuan tidak rasmi baru-baru ini, ia sudah cukup memberikan harapan kepada penyatuan bangsa dalam sudut yang lebih bermakna pada masa depan.
Gagasan permuafakatan Melayu seperti yang dijelaskan oleh Mohamad Norza, merupakan satu usaha merentasi sempadan politik untuk membincangkan isu-isu penting melibatkan orang Melayu terutamanya berkaitan isu ekonomi, pendidikan dan agama.Ia tercetus atas kesedaran bahawa perlunya tindakan waima yang sangat kecil sekalipun untuk membentuk gagasan bagi menyatukan orang Melayu terutamanya generasi muda di bawah satu bumbung yang sama.
Lebih daripada itu jelas beliau, gagasan tersebut pada akhirnya menyimpan aspirasi pada satu hari nanti berjaya diinstitusikan menjadi sebuah pertubuhan yang dengan serius membincangkan isu-isu berkaitan orang Melayu dengan membawa pendekatan secara bersama.Keperluan utama gagasan itu pastinya sangat jelas, iaitu untuk membawa politik negara ke satu dimensi baru dengan tanggapan bahawa ada isu-isu tertentu yang tidak seharusnya dipolitikkan tetapi perlu ditangani sebagai penyakit atau masalah orang Melayu.
Evolusi politik orang Melayu itu perlu dimulakan dari sekarang kerana ramai orang Melayu tidak faham tuntutan dan hak orang Melayu ketika ini dan proses penjelasan itu pula perlu dilakukan secara semula jadi.Dalam perpecahan, orang Melayu tidak mungkin mampu untuk memulakan satu gerakan massa yang lebih bermaruah buat bangsa dan selamanya akan ketinggalan dibayangi isu-isu yang menjadi pertikaian sesama sendiri.Dalam pendekatan yang disebut sebagai satu kematangan politik baru itu juga, gagasan permuafakatan Melayu tidak perlu terjun kepada isu-isu yang besar atau sensitif yang boleh mengeruhkan kejernihan muafakat yang sedia terbina.
Sebaliknya memadai dengan mengenal pasti kemampuan dan kekuatan ketiga-tiga parti untuk bekerjasama pada peringkat awal.Sebagai contoh ujar Mohamad Norza, ketiga-tiga parti boleh menubuhkan satu badan penyelidikan bagi mengkaji dan menilai sejauh mana pencapaian orang Melayu dalam pelbagai bidang di negara ini.Namun beliau menegaskan, pembentukan gagasan permuafakatan Melayu itu tidak seharusnya dipandang sebagai satu pergerakan bersifat perkauman yang boleh mengganggu gugat perpaduan yang dipertahankan bersama oleh semua kaum selama ini.
Ia sebaliknya dibina mengikut kerangka negara Malaysia yang tiang serinya ditegakkan oleh rakyat pelbagai kaum dan atapnya pula memayungi kesaksamaan bangsa.Kepentingan''Isu-isu yang dibincangkan tidak lebih daripada melibatkan kepentingan orang Melayu justeru tidak sewajarnya dilihat sebagai ancaman kepada survival kaum lain," katanya.Ketika ditanya adakah gagasan permuafakatan Melayu itu adalah satu langkah awal yang bakal menyatukan Melayu di bawah satu payung parti politik yang sama satu hari nanti, Mohamad Norza berkata, tidak salah untuk menaruh harapan walaupun usaha itu dirintangi pelbagai halangan terutamanya perbezaan ideologi dan pendirian.
Namun katanya, gagasan permuafakatan Melayu itu boleh menjadi langkah yang kecil kepada satu matlamat dengan perjuangan yang akhirnya menyaksikan semua yang bernama Melayu bergandingan memperkasakan bangsa.''Inilah sebenarnya cabaran yang perlu ditangani supaya generasi akan datang membesar dan diasuh minda mereka dengan kematangan politik yang berbeza iaitu politik yang lebih rasional," katanya.Sementara itu, Azmin ketika diminta pandangan mengenai pendirian PKR berkata, parti itu sentiasa menyokong sebarang langkah positif ke arah memartabatkan kedudukan orang Melayu seperti yang menjadi teras dalam idea pembentukan gagasan tersebut.
PKR jelas Azmin, sentiasa mempertahankan kepentingan orang Melayu namun dalam masa yang sama tetap menghormati kaum lain seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.Bagaimanapun dalam menyatakan sokongan itu, Azmin melahirkan kebimbangan bahawa pendekatan baru menerusi gagasan itu hanya merupakan sandiwara sesetengah daripada ahli UMNO yang sudah kehilangan kuasa.''Setakat apa yang difahamkan, agenda pembentukan gagasan permuafakatan Melayu ini dipelopori oleh UMNO sedangkan PKR tidak melihat keberkesanannya sekiranya ia dipimpin oleh orang UMNO.
''Ini kerana orang Melayu sudah hilang keyakinannya kepada pemimpin UMNO yang lebih berniat kepada sandiwara politik berbanding usaha untuk menyelamatkan Melayu," katanya.Beliau turut menyentuh mengenai pendekatan tersendiri PKR dalam membincangkan permasalahan mengenai orang Melayu, antaranya menerusi perbincangan dengan pelbagai pihak seperti Pas dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).Maklum balas yang dikumpulkan daripada perbincangan itu katanya, membolehkan PKR menggubal pendekatan baru yang lebih efektif dalam membantu orang Melayu mendapat tempat dalam pelbagai sektor di negara ini.Reaksi positif turut diterima daripada Salahuddin yang ketika diminta menyatakan pendiriannya berkata, polemik yang berlaku dalam masyarakat Melayu hari ini memerlukan satu usaha positif seperti pembentukan gagasan permuafakatan yang dicadangkan tersebut.
Untuk itu katanya, Pas sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk mendengar, memberikan pandangan dan komitmen sekiranya diminta oleh mana-mana pihak selagi ia berteraskan membela nasib orang Melayu.Bagaimanapun beliau menambah, pertemuan dengan Mohamad Norza tempoh hari bukanlah perbincangan secara rasmi dan sebarang tindakan lanjut mengenainya juga belum diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

Thursday, May 8, 2008

PROGRAM BANGUNLAH SAYANG SK SG BAKAP

KEJAYAAN HARI INI BUKAN PENENTU KEJAYAAN HARI ESOK.CIKGU SAMAD SEDANG BERKONGSI INFO SIKAP BERSAMA PESERTA
SEMUA KATA "YA".APAKAH 'YA' MENANDAKAN KEJAYAAN.

MASIHKAH KAU INGAT SEWAKTU 12 TAHUN YANG LALU .......BARU DILAHIRKAN..SEKARANG SUDAH BERADA DI SK SG BAKAP
SAYA DOAKAN SEMOGA ANDA BERJAYA DI DALAM UPSR 2008.INGAT!ORANG BERJAYA BERMULA DENGAN KEGAGALAN.SELAMAT BERJAYA SK SG BAKAP.SAYA DAN CIKGU SAMAD DOAKAN KEJAYAAN ANDA.

Wednesday, May 7, 2008

PENDIDIKAN BERKUALITI

Mereka membawa cabaran 5A untuk SK Bandar Tasek Mutiara
"Malaysia mempunyai salah satu sistem pendidikan yang terbaik di Dunia Ketiga. Namun sebagai bekal kita harungi perjalanan pada generasi yang kedua ini, piawaian yang baru hendaklah ditetapkan dan matlamat baru hendaklah dicapai. (YAB Perdana Menteri,Mahathir Mohamad 1991).Melihat kepada jawapan di dalam Persidangan Pendidikan Nasional Ke-5 (1997), natijah persidangan menunjukkan dua cabaran besar alaf baru ialah ledakan ilmu yang berbentuk global dan masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi ke arah membentuk masyarakat madani. Justeru itu agenda penting untuk membangun rakyat Malaysia melalui sistem pendidikan pertama ialah pembinaan budaya ilmu dan keduanya ialah pembudayaan masyarakat.Justeru, saya melihat nilai kebertanggungjawaban seorang guru terhadap anak muridnya adalah penentu kepada kayu ukur kecemerlangan murid.Pendidikan yang berkualiti bermula dari kesanggupan guru untuk membentuk kualiti di dalam dirinya dalam aspek pembelajaran dan pengajaran. Semoga saya dapat membentuk diri saya menjadi guru yang berkualiti.

Tuesday, May 6, 2008

PERKAHWINAN YANG DIRAHMATI

AJIB DAN JALI BERSAMA PASANGAN MEREKA

Janganlah kamu mengahwini wanita semata-mata kecantikan merekaBoleh jadi kecantikan tersebutBoleh merosakan akhlak mereka dan janganlah kamuMengahwini mereka kerana harta,Boleh jadi harta tersebut boleh mendorongnyaSupaya melampaui batasan agama.Kahwinilah wanita kerana agama dan ketahuilah Bahawa hamba perempuan yang memiliki agama, Tetapi hitam kulitnya lebih baik daripada wanita-wanita lain yang memiliki agama

GAMBAR INI DIABADIKAN KHAS BUAT KEDUA ADIK IPAR YANG MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN MEREKA PADA TAHUN 2007.

PERINGATAN BUAT SAUDARA SEAGAMA

UJIAN ALLAH PADA HAMBANYA
Firman Allah di dalam surah Al ankabut (ayat2-3)"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,kami beriman, sedangkan mereka tidak di uji??dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka,...."
KADANG-KADANG KITA TIDAK DAPAT APA YANG KITA IDAMKAN
Firman Allah kata di dalam surah al-Baqarah (ayat 216)
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu..Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui..
KESUKARAN KITA SEBAGAI HAMBA ALLAH MENGHADAPI UJIAN
Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah(ayat 286)
"Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya
TIMBUL TEKANAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
Firman Allah dalam surah Al-Imran (ayat 139)
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman
NILAI KESABARAN
Firman Allah di dalam surah Yusuf (ayat 12)".....dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir"
SEMOGA ALLAH MEMBERKATI KITA SEMUA SEBAGAI HAMBA YANG SOLEH DAN SOLEHAH.

Monday, May 5, 2008

KASIH SAYANG DAN KEBAHAGIAAN


Dijadikan wanita dari tulang rusuk, bukannya dikepala untuk dijunjung, bukannya dikaki untuk dijadikan pengalas tetapi dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dekat sisinya untuk dijadikan teman hidup serta dekat hatinya untuk dicintai.Dicintai inilah yang memberi gambaran bahawa kasih sayang amat perlu bagi semua insan. Yang lelaki memerlukan wanita dan wanita memerlukan lelaki. Keharmonian terjalin dengan jejak langkah yang halal berpaksikan hukum nikah yang jelas dan bersedia untuk bersama sampai ke akhir hayat.

Tanda-tanda Bahagia

1. Menjauhkan diri dari urusan dunia dan senang kepada urusan akhirat
2. Kemahuan kuat terhadap ibadah dan membaca al-Quran
3. Sedikit bicara terhadap apa yang tidak diperlukan
4. Sangat memelihara sholat lima waktu
5. Menjaga diri dari yang haram dan syubhat, sedikit atau banyak
6. Bersahabat dengan orang-orang soleh dan baik
7. Rendah diri
8. Bersifat dermawan yang ikhlas
9. Belas kasihan terhadap makhluk-makhluk Allah yang lain
10. Bermanfaat kepada orang lain11. Selalu ingat mati dan bersiap sedia menghadapinya

Tanda-tanda Sengsara
1. Rakus terhadap harta dunia
2. Kemahuan nafsu yang kuat dan cenderung pada kelezatan dunia
3. Perkataan yang kotor dan banyak ghibah (menceritakan cela orang lain)
4. Menganggap mudah solat 5 waktu.
5. Bersahabat dengan orang-orang fasik
6. Buruk perilakunya
7. Sombong dan tinggi hati
8. Enggan memberi kebaikan kepada orang lain
9. Sedikit kasih sayang terhadap orang yang beriman
10. Pengecut
11. Lupa terhadap mati

Saturday, May 3, 2008

SEKILAS KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2008 SK BANDAR TASEK MUTIARA.


SEMUT MERAH BERSAMA PASUKAN RUMAH MERAH.....

ACARA 4x 100METER .....BARISAN GURU YANG TERLIBAT DAN KELIHATAN CIKGU SYARAFUDDIN BERSIAP SEDIA.......


KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2008, MERIAHNYA.......

Friday, May 2, 2008

HARI PERTAMA KURSUS MOTIVASI DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR SK BANDAR TASEK MUTIARA

KEHADIRAN YDP PIBG, DR WAN AHMAD JAAFAR MEMBERI DORONGAN SEMANGAT KEPADA PESERTA.
SESI CERAMAH 1 :

CEMERLANG KENDIRI OLEH CIKGU AHMAD NOR KHAIRI DARI SK GUGUSAN LEKIR, SITIAWAN DAN USTAZ HADI DARI SK SERI BAYU, SERI MANJUNG.

TEKUN MENDENGAR KULIAH YANG DISAMPAIKAN OLEH USTAZ AKMAL

USTAZ AKMAL MENYAMPAIKAN KULIAH MAGHRIB

CIKGU AZMI DAN USTAZ SUHAIMI MELAYAN KARENAH PESERTA MENGAMBIL MAKANAN PETANG


USTAZ AMRAN MEMBERI TAKLIMAT DI TASEK LEMBARAN DAN JAYA

PESERTA BERATUR MEMBUAT PENDAFTARAN MASUK BILIK

PENDAFTARAN MASUK ASRAMA PUTERI

Thursday, May 1, 2008

KHAWARIZMI : KONSEP SEBUAH PERJUANGAN PENDIDIKAN


Sumber : Utusan Online

Ilmuwan sehebat Al-Khawarizmi
Oleh SITI MAISARAH SHEIKH ABDUL RAHIM
.
SEBUT sahaja nama Al- Khawarizmi, seluruh dunia mengenali dan mengiktirafnya - seorang ahli matematik teragung. Beliau adalah pengasas kepada beberapa cabang dan konsep asas matematik. Hasil kerjanya dalam algebra begitu cemerlang dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam pembentukan sistematik tetapi juga bertanggungjawab membangunkan penyelesaian analitikal dalam pengembangan garis lurus serta persamaan kuadratik.

Jasa beliau yang lain ialah membangunkan secara terperinci bidang trigonometri iaitu ilmu matematik mengenai sudut dan sempadan segitiga yang mengandungi fungsi sine.
Kejayaan itu akhirnya menjadikannya pengasas Algebra sehingga digelar ‘Bapa Algebra’. Nama Algebra diperoleh daripada bukunya yang terkenal iaitu Al-Jabrwa-al-Muqabilah.Sumbangan Khawarizmi dalam ilmu geografi turut cemerlang. Beliau tidak hanya menyemak pandangan Patolemy mengenai geografi tetapi juga membetulkannya termasuk dalam melakar peta dunia. Al-Khawarizmi merupakan saintis pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830 Masihi iaitu 10 tahun sebelum beliau meninggal dunia.
Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Mohammad Ibn Musa al-Khawarizmi.
Tarikh lahir dan kematiannya yang tepat tidak diketahui tetapi beliau dikatakan hidup di antara tahun 790 sehingga 840 Masihi. Ada juga yang menyatakan beliau lahir pada tahun 780 Masihi dan meninggal dunia pada tahun 850 Masihi. Gelaran Al-Khawarizmi diberi kepada beliau sempena tempat kelahirannya di Khawarizm yang terletak di selatan Laut Arab. Beliau lahir di sebuah tempat bernama Kath iaitu sebahagian daripada daerah Khawarizm.