Masyarakat Melayu perlu terus melakukan anjakan minda untuk mengikis persepsi negatif yang mengaitkan bangsa Melayu sebagai bangsa yang malas dan tidak berjaya.Perubahan minda perlu bagi memastikan bangsa Melayu dapat menjadi bangsa yang dihormati, disegani dan setanding bangsa lain.Dahulu orang Melayu tidak kisah dengan persepsi buruk dan resolusi mental yang beranggapan mereka ialah satu bangsa yang malas dan tidak berjaya. Tetapi itu persepsi lama sebab kini orang Melayu telah berubah dan mampu bersaing di peringkat global.Bangsa Melayu kini perlu menanam iltizam untuk terus mencapai kecemerlangan jika tidak mahu terus kecundang dan ketinggalan daripada bangsa lain.Bagi mengubah minda bangsa Melayu, ianya perlu ada perubahan daripada aspek cara berfikir yang dizahirkan daripada pemilihan penggunaan bahasa Melayu yang tepat.Evolusi yang berlaku di atas bahasa Melayu yang ditakrifkan sebagai salah satu bahasa "mantiqi" (sebab) telah menyebabkan bangsa Melayu hilang pengenalan diri dan kini berada di ambang kejahilan.Disebabkan kita sendiri yang tidak memartabatkan penggunaan bahasa Melayu yang tepat dan betul, akal fikiran kita juga tidak dididik mengikut acuan mantiqi, dan sebaliknya disebabkan fikiran kita tidak berlandas cara berfikir yang betul, hakikat zahirnya dicerminkan melalui penggunaan bahasa yang tiada membawa kepada kefahaman yang bermakna.Orang Melayu disifatkan sebagai kurang tajam dalam bidang sains, ilmu hisab dan sukar memperolehi kemahiran dalam mempelajari bahasa-bahasa asing.Oleh itu, sekiranya niat kita untuk mengubah sikap dan amalan Melayu, maka adalah wajar supaya cara berfikir dan penggunaan bahasa yang tepat dijadikan amalan utama.