Saya menyertai GPMS Sitiawan sewaktu berusi 13 tahun.Hampir 2 dekad saya telah berkecimpung di dalam pertubuhan bukan kerajaan khususnya di dalam pertubuhan belia. GPMS telah mendidik saya erti moto "Belajar Terus Belajar". Walaupun saya berasal dari keluarga sederhana, namun kedua arwah ibu dan ayah saya amat mementingkan 2 perkara utama iaitu agama dan ilmu.Saya melihat GPMS sebagai institusi yang telah mempelopori nilai perjuangan bangsa Melayu terhadap pendidikan. GPMS dahulu sewaktu di zaman saya, terus berjuang atas konsep obor ilmu. Saya sendiri menyertai GPMS kerana perjuangannya yang jelas terhadap arah tuju pendidikan Melayu. Orang Melayu ketinggalan kerana mereka sendiri tertingal dalam bidang pendidikan dan ekonomi. Namun, ketinggalannya bangsa Melayu boleh diubah sekiranya kita kuat di dalam pendidikan.Saya dapat simpulkan penyertaan saya di dalam GPMS seperti berikut :
1.SAYA DI DIDIK OLEH GPMS DARI SEORANG YANG TIADA BERBAKAT KEPADA MANUSIA YANG ADA POTENSI DIRI.
2.GPMS SITIAWAN MENGAJAR SAYA ERTI PERJUANGAN TERHADAP MEMPERTEGAKKAN NILAI AGAMA, BANGSA MELAYU DAN PATRIOTIK KEPADA NEGARA
3. MENERUSKAN TRADISI DAN PRINSIP GPMS BERDASARKAN MOTO “BELAJAR TERUS BELAJAR”
4.DALAM GPMS SAYA DI DIDIK DENGAN PRINSIP DAN PEGANGAN SOLAT SEBAGAI TIANG AGAMA.
5.AKHIRNYA SAYA MENYELAMI SEDAR DALAM MUKADIMAH GPMS
Mukadimah GPMS
SEDAR atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar-pelajar Melayu Semenanjung Tanah Melayu.
SEDAR akan kemunduran kami di alam pengetahuan.
SEDAR atas kewajipan kami untuk meningkatkan darjat pengetahuan bangsa.
SEDAR bahawa maju-mundur, kaya-miskin dan hina-mulianya bangsa itu ditangan kami
Bagi saya tiada yang lebih bermakna dari terus berjuang membawa obor Iqra dan memastikan agama menjadi landasan membetulkan nasib bangsa Melayu.Melayu sebenarnya hebat sekiranya semuanya tidak lari dari konsep kesatuan yang bermakna dan bukannya kesatuan dalam aspek politik semata-mata.Semoga kita semua mampu berdoa agar Allah SWT memberkati dan melindungi agama, bangsa dan negara kita MALAYSIA.