Bangsa Melayu perlu memberi perhatian kepada kepentingan orang Melayu dan umat Islam supaya bangsa Melayu dapat menambah nilai dalam diri.Bangsa Melayu perlu menuntut ilmu pengetahuan seluas-luasnya dengan menjadikan pembangunan modal insan sebagai kepentingan utama. Pada masa sama, bangsa Melayu perlu sentiasa memupuk keazaman untuk menjadi ummah cemerlang, gemilang dan terbilang sebagai pendorong memajukan diri. Bangsa Melayu perlu menyerap di dalam jiwa mereka bahawa tiada noktah dalam mengejar ilmu pengetahuan dan tidak ada sesuatu yang lebih bernilai bagi sesuatu bangsa, melainkan ilmu yang ada pada masyarakatnya. Manusia adalah nilai dan aset paling besar bagi sesuatu bangsa kerana manusia boleh diberikan ilmu pengetahuan, kepandaian, kecekapan dan kemahiran supaya dapat menyumbang kepada pembangunan bangsa dan tamadun. Bagi satu bangsa dan tamadun, jika kita nak wujud selama-lamanya, kita mesti relevan serta sanggup mengejar matlamat yang lebih tinggi dan terus naik ke tahap yang lebih tinggi.Apabila sesuatu bangsa ketinggalan, maka orang tidak akan mempedulikan bangsa berkenaan dan tidak akan memberi perhatian kepada mereka. Bangsa Melayu dan umat Islam tidak harus cepat berpuas hati apabila menjadi ummah cemerlang, sebaliknya meningkatkan lagi usaha untuk menjadi gemilang dan seterusnya ummah terbilang. Usaha menambah nilai diri mesti dijadikan usaha sepanjang masa dan bangsa Melayu tidak harus mudah berputus asa dengan bekerja lebih gigih bagi mencapai tahap kejayaan paling tinggi.