"Malaysia mempunyai salah satu sistem pendidikan yang terbaik di Dunia Ketiga. Namun sebagai bekal kita harungi perjalanan pada generasi yang kedua ini, piawaian yang baru hendaklah ditetapkan dan matlamat baru hendaklah dicapai. (YAB Perdana Menteri,Mahathir Mohamad 1991).Melihat kepada jawapan di dalam Persidangan Pendidikan Nasional Ke-5 (1997), natijah persidangan menunjukkan dua cabaran besar alaf baru ialah ledakan ilmu yang berbentuk global dan masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi ke arah membentuk masyarakat madani. Justeru itu agenda penting untuk membangun rakyat Malaysia melalui sistem pendidikan pertama ialah pembinaan budaya ilmu dan keduanya ialah pembudayaan masyarakat.Justeru, saya melihat nilai kebertanggungjawaban seorang guru terhadap anak muridnya adalah penentu kepada kayu ukur kecemerlangan murid.Pendidikan yang berkualiti bermula dari kesanggupan guru untuk membentuk kualiti di dalam dirinya dalam aspek pembelajaran dan pengajaran. Semoga saya dapat membentuk diri saya menjadi guru yang berkualiti.